PERANCANGAN JANGKA PENDEK

Perancangan Jangka Pendek Makmal Teknologi Maklumat dan Komunikasi Sekolah Menengah Sultan Sulaiman Shah, 45600 Bestari Jaya (2007 – 2009)
1. Visi

Melahirkan pelajar-pelajar dan guru yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi serta dapat menggunakan teknologi ini untuk kegunaan diri, keluarga, masyarakat dan negara.

2. Misi
2.1 Memberi peluang kepada pelajar dab guru menggunakan teknologi yang sesuai dalam setiap aspek, pengalaman dan pembelajaran.
2.2 Memberi peluang pelajar dan guru mengembangkan potensi diri secara optimum untuk menghadapi cabaran masa depan.
2.3 Menyediakan tenaga kerja untuk keperluan ekonomi semasa dan masa depan.
2.4 Menyediakan sistem pengurusan pendidikan bersepadu.

3. Objektif
3.1 Membangunkan infrastuktur dengan menambah lima buah komputer yang lengkap dengan perisiannya.
3.2 Melahirkan 25% guru yang celik ICT dan mampu menggunakannya dalam pengajaran dan pembelajaran.
3.3 Melahirkan 100% staf sokongan yang celik ICT dan mampu menggunakannya dalam pentadbiran dan pengurusan sekolah.
3.4 Melahirkan 30% pelajar yang celik ICT.

4. Matlamat

4.1 Membangunkan infrastruktur ICT sekolah.
4.2 Menghasilkan pentadbir, guru, staf sokongan dan pelajar yang celik ICT.
4.3 Menggunakan ICT dalam menjalankan tugas harian.

5. Pelan Tindakan Perancangan Jangka Pendek ICT sekolah
5.1 Menghantar lima orang guru untuk menyertai Kursus BBT anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia.
5.2 Menghantar tiga orang guru untuk menyertai Kursus Pemantapan Asas ICT yang dianjurkan oleh Unit ICT Pejabat Pelajaran Daerah.
5.3 Mengadakan latihan dan kursus asas kepada staf sokongan.
5.4 Mengadakan kelas Literasi Komputer kepada pelajar Tingkatan 1 dan Tingkatan 2.

6. Carta Gant
6.1 Carta Gant pula dibuat bagi menggambarkan Perancangan Jangka Pendek ICT SMK Sultan Sulaiman Shah Tahun 2007. Carta ini disediakan berdasarkan kepada pelan tindakan. Carta Gant Tahun 2007 bagi SMK Sultan Sulaiman Shah Tahun 2007 adalah seperti dipaparkan dalam Lampiran.

7. Kertas Kerja
7.1 Kertas kerja perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dirancang. Tujuan kertas kerja ini adalah sebagai satu gambaran keseluruhan aktiviti tersebut dan akan digunakan untuk mendapatkan kelulusan bagi pelaksanaan dan peruntukan kewangan yang berkaitan.
7.2 Contoh kertas kerja: Latihan guru bagi meningkatkan penggunaan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran adalah disertakan bersama perancangan ini.

8. Jadual Penggunaan Makmal
8.1 Jadual Penggunaan Makmal Komputer SMK Sultan Sulaiman Shah dirangka bagi membenarkan penggunaan optimum makmal bagi semua kelas. Dalam hal ini, jadual anjal yang berulang setiap empat minggu akan digunakan.

9. Semakan Semula (Reviu)
9.1 Semakan status pelaksanaan rancangan jangka pendek akan diadakan pada 1 Jun 2007 dan 1 Oktober 2007.9.2 Semakan status pencapaian rancangan jangka pendek akan diadakan pada 1 November 2007.