PERANCANGAN JANGKA PANJANG

Perancangan Jangka Panjang Makmal Teknologi Maklumat dan Komunikasi Sekolah Menengah Sultan Sulaiman Shah, 45600 Bestari Jaya (2007 – 2011)
1. Visi
Melahirkan pelajar-pelajar yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi serta dapat menggunakan teknologi ini untuk kegunaan diri, keluarga, masyarakat dan negara.

2. Misi
2.1 Memberi peluang kepada pelajar menggunakan teknologi yang sesuai dalam setiap aspek, pengalaman dan pembelajaran.
2.2 Memberi peluang pelajar mengembangkan potensi diri secara optimum untuk menghadapi cabaran masa depan.
2.3 Menyediakan tenaga kerja untuk keperluan ekonomi semasa dan masa depan.2.4 Menyediakan sistem pengurusan pendidikan bersepadu.

3. Objektif
3.1 Meningkatkan pembangunan dan penggunaan infrastuktur Teknologi Maklumat dan Komunikasi sekolah.
3.2 Meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran melalui penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi.
3.3 Menjadikan sekolah sebagai "Learning Organisation".
3.4 Memantapkan pentadbiran dan pengurusan yang cekap.
3.5 Mewujudkan satu sistem pembangunan sumber manusia di sekolah untuk menangani cabaran dan keperluan perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi sekolah dan K-Ekonomi.

4. Matlamat
Mewujudkan satu persekitaran Teknologi Maklumat dan Komunikasi sekolah bagi meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan selaras dengan dasar Teknologi Maklumat dan Komunikasi sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia.

5. Kumpulan Sasaran
5.1 Pelajar
5.2 Kakitangan sekolah iaitu Pentadbir, guru, dan staf sokongan
5.3 Ahli komuniti seperti Persatuan Ibu Bapa Guru dan pihak luar.

6. Strategi Pelaksanaan
6.1 Mewujudkan Jawatankuasa Induk Teknologi Maklumat dan Komunikasi sekolah bagi menggubal dasar Teknologi Maklumat dan Komunikasi, merancang dan memantau pelaksanaan aktiviti Teknologi Maklumat dan Komunikasi sekolah.
6.2 Mewujudkan Jawatankuasa Kerja Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Pada awal penggal persekolah untuk melaksanakan aktiviti yang dirancang.
Berikut adalah ketua bagi jawatankuasa tersebut:

JAWATANKUASA
KETUA
a. Pengajaran dan Pembelajaran
Norlaila bt. Md. Rapinge
b. Pengurusan Stok dan Dokumentasi
Rosyatimah bt. Moharum
c. Perkembangan Staf
Raja Faisal bin Raja Maidin
e. Kebersihan dan Keceriaan
Kalimah bt. Misnat
f. Keselamatan dan Penyelenggaraan
Nurazian bt. Arshad
g. Tugas-tugas Khas
Khairul Affandi bin Muhamad
6.3 Ketua Jawatakuasa akan melantik dan mengenalpasti ahli jawatankuasanya sendiri. Senarai tugas jawatankuasa akan diedarkan sewaktu mesyuarat ahli jawatankuasa,

7. Pelan Tindakan Perancangan Jangka Panjang Teknologi Maklumat dan Komunikasi Sekolah
7.1 Jadual Pelan Tindakan dari tahun 2007 hingga 2011 adalah seperti yang dilampirkan.

8. Peraturan Dalam Pelaksanaan Aktiviti Sekolah
8.1 Aktiviti yang dirancang hendaklah mematuhi segala peraturan, panduan dan etika yang berikut:
a. Panduan keselamatan di sekolah
b. Panduan Penggunaan Peralatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
c. Etika Penggunaan Internet
d. Peraturan Penggunaan Makmal Teknologi Maklumat dan Komunikasi

9. Penilaian Perancangan Jangka Panjang Teknologi Maklumat dan Komunikasi Sekolah
9.1 Perancangan Jangka Panjang Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Sulaiman Shah ini akan direviu pada tahun 2009.
9.2 Tujuan Penilaian ini adalah untuk melihat keberkesanan pelaksanaan perancangan yang telah dirangka.