LATAR BELAKANG

Makmal ICT SMK Sultan Sulaiman Shah mula beroperasi sepenuhnya pada bulan Januari 2002, terletak di bahagian belakang bangunan sekolah berhampiran dengan padang. Makmal ICT sekolah ini adalah jenis Model 3. Sekolah-sekolah yang menerima kemudahan Makmal Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) Model 3 ini dilengkapkan dengan:
40 unit komputer untuk murid
2 unit komputer untuk guru
1 unit komputer untuk ‘Server’
1 unit Pencetak Rangkaian Laser
1 unit Pencetak ‘Deskjet’
1 unit Pengimbas (scanner)
1 unit Kamera Digital (tidak diterima sehingga ke hari ini)
1 unit ‘Video Capture Card’
1 unit Projektor LCD Multimedia

Akses internet menggunakan penghala ISDN Router Jenis-Jenis Perisian Setiap Model Makmal Teknologi Maklumat dan Komunikasi dipalamkan secara piawai (standard installation) dengan perisian-perisian berikut:

Microsoft Windows 2000 Server bagi komputer server
Microsoft Windows 98 untuk komputer murid
Microsoft Windows 98 untuk komputer guru
Microsoft Office 2000: Microsoft Word, Microsoft Excel, Microsoft Access dan Microsoft Power Point untuk komputer murid.
Microsoft Office 2000: Microsoft Word, Microsoft Excel, Microsoft Access dan Microsoft Power Point untuk komputer guru.
ProxyNOW! Untuk komputer ‘server’
NetOp School untuk komputer guru
Norton Antivirus

Perkakasan LainPerkakasan lain yang turut dibekalkan pada setiap model Makmal Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) adalah seperti berikut:

Penghala (Router) : Accton Internet Router
Modem: Accton 56K V.90 Modem ACM 130
Switch : Acctton Fast Ethernet Switch (16 atau 24) 10 BaseT/100 Base TX Port
Kabel Rangkaian : Thomas & Bett UTP Cat5E
AVR : Amptek Auto Voltage Regulator AVR600E3
UPS : PK-Electronic B10M2 Blackout Buster
Rack System : Witronic 19” Rack System
Setiap komputer murid dan guru dilengkapi dengan sistem audio yang boleh dikawal secara individu, Auto Voltage Regulator dan UPS untuk mengawal arus elektrik. Pada meja komputer guru pula dilengkapi dengan pengimbas, pencetak ‘deskjet’, pencetak Laser Jet, projektor LCD Multimedia dan juga kamera digital. Projek LCD Multimedia dan Kamera Digital hanya dibekalkan untuk Model 2 dan Model 3 sahaja.